nothin' interesting bout this blog until u check on it!

Sahabat..

Wednesday, August 15, 2012

Salam Aidilfitri 1433H



Selamat Hari Raya kawan2! Maaf salah silap zahir dan batin...

(◕‿◕✿)

Friday, April 29, 2011

Perkembangan Janin Dalam Rahim Ibu

Selama ni hana cuma pernah tengok gambar perkembangan janin dalam rahim ibu. Tapi sekarang ni da siap ada video lagi. Canggih kan teknologi sekarang? Jom tengok video ni.. Betapa hebatnya ciptaan Allah..


So sweet~

(◕‿◕✿)


Saturday, April 9, 2011

Nak Tambah Suami??


Kadang-kadang, iklan sangat mengelirukan. Hana betul2 tak faham. Diorang ni tak check ke sebelum publish iklan? Tengok jela iklan kat bawah ni..lam salah satu majalah yang hana baru baca. Cuba cari apa kesalahan iklan ni..


Tu hana da bulatkan ngan warna merah..Setelah menggunakan produk ini, suami bertambah? haha..kalau hana, hana memang tak nak pakai produk ni..korang camne pulak? haha

Pengajaran : lain kali, kalau kite nak wat ape2 pun, sila la double check dulu ye

(◕‿◕✿)

Saturday, April 2, 2011

Telur Tiruan?

Hana baru tau..rupa-rupanya sekarang ni telur ayam pun boleh dibuat sendiri. Hmm, ini lah apa yang dilakukan di China. Mereka membuat telur menggunakan bahan kimia dalam makmal. Siap ada sekolah lagi yang tawarkan kelas untuk pembuatan telur ayam tiruan. Dahsyat! Tengok, ayam ni pun da marah.hehe..Suka2 je nak tiru telur dia eh.


Ni merupakan bahan-bahan untuk membuat telur tiruan iaitu glocolactone, asid benzoik, kalsium klorida, selulosa, alum, asid amino, pewarna makanan, sodium alginate dan gelatin.

Air kuning dalam jag tu diorang panggil sebagai 'magic water' iaitu campuran kalsium klorida dan pewarna makanan untuk kuning telur.

Yang dalam mangkuk bunga2 tu pulak, 'magic water' tanpa pewarna makanan..untuk putih telur.

Yang polistirene tu acuan untuk putih dan kuning telur.

Bancuhan magic water tadi dimasukkan ke dalam acuan.


Dengan menggunakan benang, telur tadi yang dah membeku direndam dalam larutan parafin untuk membentuk cangkerang telur.

Ni la hasilnya..tapi telur tiruan lebih mudah pecah. Biasa la, tiruan kan..Tapi dari segi rupa memang betul2 sebijik macam telur yang real. Tengok jela gambar2 kat bawah ni.





Kos untuk membuat telur tiruan ini hanyalah 0.55 yuan untuk satu kilogram..kalau nak dibandingkan dengan telur ayam sebenar, kosnya ialah 5.6 yuan sekilogram. Memang untung. Tapi, telur tiruan ni lah penyumbang terbesar kepada masalah keracunan makanan yang semakin meningkat di China. Mana taknya, buat guna bahan kimia kan..
Hati-hati lah memilih telur..Tapi rasanya belum ada lagi kat Malaysia..Apa pun, jaga diri :)

update : dah ade kat malaysia..huhu..bahaye2!

(◕‿◕✿)

Friday, March 25, 2011

Tidur

Ada kajian menyatakan bahawa manusia boleh bertahan hidup lebih lama tanpa makanan daripada tanpa tidur. Betul ke? Cuba la uji diri anda kalau berani. Hehe
Batas maksimum yang tercapai setakat ni tanpa tidur ialah selama 264 jam atau 11 hari. Manakala tanpa makanan, boleh bertahan selama 40 hari. Walau bagaimanapun, kalau tanpa minuman pula hanya boleh bertahan selama 3 hari.


Ada beberapa perkara yang kita perlu dan tidak perlu lakukan sebelum tidur:
  1. Jangan tidur bersama jam tangan kerana jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif walaupun jumlahnya sedikit.
  2. Jangan tidur dengan handphone kerana ia mengeluarkan gelombang yang tidak baik untuk kesihatan.
  3. Jangan tidur dengan mekap yang masih melekat kerana ia menghalang kulit bernafas seterusnya menyebabkan masalah kulit.
  4. Jangan tidur menghadap kaki ke kiblat kerana ini merupakan kedudukan orang mati.
"Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati pada malam itu, dia dikira sebagai mati syahid. "

Tapi, apa tu Tasbih Fatimah?

Tasbih Fatimah ialah Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x dan Allahuakbar 33x

Baca 4 Qul, tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

Akhir sekali, tidurlah mengikut cara Rasulullah iaitu mengiring ke kanan dengan tapak tangan di bawah pipi.


Mudah-mudahan kita semua mendapat rahmat dariNya walaupun dalam tidur. Amin..

(◕‿◕✿)

Saturday, February 19, 2011

Proses Pembentukan Anak Ayam

Proses perkembangan embrio ayam mengambil masa selama 21 hari.
Gambar2 kat bawah ni menunjukkan proses pembentukan anak ayam..
Jom tengok!













Maha Suci Allah yang mencipta segalanya..

(◕‿◕✿)

Sunday, February 13, 2011

Ilusi Optik

Ilusi optik ialah bayangan atau khayalan yang terjadi kerana salah tafsiran otak terhadap sesuatu perkara yang dilihat.

Jom tengok gambar2 ilusi optik ni
Kita mesti ingat unta yang hitam kan? Cuba tengok betul2. Sebenarnya unta yang putih kecik2 tu. Yang hitam tu bayangan unta je.

Gambar ni nampak macam bergerak tapi sebenarnya statik je.
Yang ni pun sama jugak

Yang ni boleh nampak orang tua botak. Boleh jugak nampak sorang perempuan dengan sorang lelaki tua.
Dua warga tua tengah pandang satu sama lain. Atau dua lelaki tengah main alat muzik dan berehat.
Gajah atau jari manusia.

Cuba buat macam yang diberitahu kat atas. Tengok 3 titik kat tengah2 kalimah Allah selama 10 saat. Pastu tengok dinding yang kosong. Kita akan nampak kalimah Allah kat dinding tu.

Seronok jugak tengok gambar2 ilusi optik kan?
(◕‿◕✿)
Related Posts with Thumbnails