nothin' interesting bout this blog until u check on it!

Sahabat..

Petua-petua Lain

Pedih mata ketika mengupas bawang
Rendam bawang dalam air dulu, kemudian barulah kupas kulitnya.


Mata terkena cili
Ambil secubit garam dan hisap hingga hilang pedih tersebut.


Biskut cepat lemau
Sebelum simpan biskut dalam bekas, tabur sedikit gula pasir. Kemudian, tutup dengan tisu, barulah susun biskut dan tutup ketat.


Elak beras berkutu
Letak beberapa helai daun limau purut atau cili kering dalam bekas beras.


Halau nyamuk
Tumbuk beberapa helai daun limau. Letak dalam piring. Letak piring tersebut di tempat yang banyak nyamuk, terutamanya tempat gelap.


Kupas ubi kentang
Rendam kentang dalam air garam pada waktu malam. Pagi esoknya, kupas dengan tangan. Kulit kentang dengan mudah terpisah dari isinya.


Jauhkan tikus
Gunting daun pandan. Letak di tempat tikus selalu berkeliaran.


Jauhkan semut dari tanaman
Tabur garam di sekeliling tanaman.


Simpan perkakas dapur supaya tidak berkarat
Cuci dan keringkan betul-betul. Sapu sedikit minyak kelapa dan bungkus dengan kain atau kertas bersih.


Elak ikan melekat ketika digoreng
Masukkan beberapa asam keping bersama ikan yang hendak digoreng.


Kilatkan periuk
Ambil sedikit sabun mandi dan letakkan pada berus periuk. Selepas itu, beruslah periuk tersebut dengan kuat dan bilas.


Elakkan gula dimasuki semut
Masukkan kulit kayu manis atau bunga cengkih ke dalam bekas simpanan gula.


Hilangkan bau nasi hangit
Ambil beberapa helai daun limau purut. Carikkan dan masuk dalam periuk nasi.


Bersihkan botol susu atau botol plastik hingga berkilat
Masukkan sedikit beras ke dalam botol susu. Campur dengan air dan goncang. Bilas.


Hilangkan hanyir ayam
Basuh ayam dengan tepung gandum. Kemudian cuci semula, barulah simpan dalam peti sejuk.


Hilangkan kesan hitam di tapak seterika
Hidupkan seterika dan laraskan pada kepanasan sederhana. Gosokkan lilin pada tapak seterika yang hitam. Kemudian, gosokkan seterika pada daun pisang. Kotoran pada tapak seterika akan melekat pada daun pisang tersebut.


Segarkan tauge
Perahkan sedikit air limau semasa merendam tauge tersebut dan simpan dalam peti sejuk.


Zip rosak
Taburkan bedak dan gerak-gerakkan zip tersebut hingga lancar semula.


Kurangkan bau cat pada dinding
Letakkan semangkuk air bercampur garam di tengah2 bilik yang baru dicat. Bau cat akan diserap oleh air tersebut.


Sinki tersumbat
Letakkan segenggam garam kasar ke dalam lubang sinki. Kemudian, tuangkan air yang mendidih ke sinki tersebut.


Tajamkan gunting yang tumpul
Potong beberapa helai daun buluh dengan gunting yang tumpul. Selepas itu, cuba gunting kertas. Jika masih tumpul, ulangi langkah tadi.


Segarkan bau teko yang telah disimpan lama
Letakkan sedikit gula pasir dalam teko sebelum menyimpannya.


Bersihkan kerak periuk
Rebus kulit kentang dengan kerak periuk selama beberapa minit. Setelah air panas, kerak akan tertanggal dengan sendirinya.


Pakaian terkena kunyit
Gosok dengan kapur sirih pada bahagian yang terkena kunyit itu.


Handphone masuk air
Offkan handphone segera dan keluarkan bateri serta simcard. Benamkan handphone ke dalam semangkuk beras kering. Beras akan berfungsi seperti silica gel yang menyerap kelembapan. Biarkan beberapa jam. Setelah kering sepenuhnya, pasangkan kembali bateri dan simcard tadi.


Nasi ditanak putih cantik
Campurkan 1 sudu minyak masak semasa menanak nasi.


Buah potong kekal segar
Rendam buah-buahan yang telah dipotong ke dalam air perahan limau nipis seketika.


Sotong lebih mudah dibersihkan
Setelah membuang dakwatnya, rendam sotong ke dalam air basuhan beras. Biar 10 minit. Kulit sotong akan mudah lekang dan bau hanyir juga hilang. Kemudian, bilas bersih.


Lembutkan daging
Tumbuk halia hingga halus dan campurkan sedikit garam. Perap bersama daging yang telah dipotong selama setengah jam. Bilas dengan air bersih.


Pakaian terkena gula-gula getah
Letakkan pakaian tersebut dalam peti sejuk selama beberapa jam. Kemudian, keluarkannya dan basuh seperti biasa. Anda akan dapati gula-gula getah mudah tertanggal daripada pakaian.


Pakaian terkena dakwat atau karat
Titiskan air limau bercampur garam pada tanda dakwat atau karat dan gosok-gosok lah dengan tangan. Biar seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.


Pakaian terkena getah buah-buahan
Sapu sedikit kapur makan. Biar beberapa minit. Cuci seperti biasa.


Keringkan kasut sekolah
Gumpal beberapa helai surat khabar lama dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah hingga padat. Kemudian, letakkan di bawah peti sejuk.


Kilatkan beg tangan atau kasut jenis kulit
Calitkan ubat gigi pada perca kain. Gosok pada keseluruhan beg atau kasut kulit hingga bersih dan berkilat.


Bersihkan cermin mata
Ambil syampu rambut yang mengandungi sodium laurenth sulphate. Rendamkan cermin mata ke dalamnya bersama sedikit air. Dalam masa 15 minit, kotoran pada cermin mata akan hilang.

Telur rebus tidak retak
Masukkan beberapa asam keping bersama sedikit garam dalam air rebusan telur. 

Hilangkan pahit peria
Potong peria dan rendam dalam air bercampur garam halus selama 30 minit. Toskan dan peria sedia dimasak.

(◕‿◕✿)

1 comment:

Related Posts with Thumbnails