nothin' interesting bout this blog until u check on it!

Sahabat..

Petua Kesihatan

Hindari penyakit
Makan sedikit garam, kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. Selain dapat menghindarkan penyakit, ia juga dapat membersihkan jantung dan paru-paru.

Tahan nafas
Menahan nafas ketika minum air dapat mengekalkan kesihatan badan.

Sakit jantung
Elakkan tidur siang. Lakukan senaman 2o minit sehari, 3 kali seminggu.

Bisa-bisa tulang
Masukkan sedikit garam ke dalam air suam. Rendam kaki ke dalamnya selama 15 minit. Lakukan 3 kali seminggu.

Demam panas
Ramas semangkuk asam jawa dan beberapa kuntum bunga raya. Selawat 3 kali dan sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.


Terkena air panas
Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan air sabun mandi. Lakukan hingga tidak sakit lagi.


Kutu di kepala
Tumbuk 3-4 ulas bawang putih hingga lumat. Gaul dengan 3 sudu minyak kelapa. Lumur rata-rata pada rambut dan biar 15 minit. Kemudian, sikat dengan penyikat kutu.


Bengkak akibat terjatuh
Campurkan asam jawa, garam dan sedikit air. Sapukan ke tempat yang bengkak.


Batuk
Campur 2 sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sebati. Minum 3 kali sehari.


Angin
Bakar 5 ulas bawang putih, jangan sampai hangus. Makan bawang tersebut mentah2 atau dijadikan ulam.


Bibir atau lidah pecah
Sapu sedikit garam atau majerin cair pada tempat sakit.


Sakit kepala
Tumbuk 6 helai daun sawi hingga lumat. Campurkan sedkit garam. Lumur dan gosok perlahan pada dahi.


Tambah darah
Amalkan makan sayur bayam merah yang direbus.


Kurangkan tekanan
Campur air kelapa muda dengan sedikit air perahan limau nipis. Minum dengan satu nafas.


Gusi berdarah
Campur segelas air suam dengan setengah sudu teh garam. Kumur setiap kali bangun tidur.


Hentikan muntah
Tumbuk halus buah pelaga. Campurkan dengan air panas dan minum.


Tertusuk duri
Celup sebiji bawang merah ke dalam minyak masak.. Bakar hingga hangus. Tampal di tempat yang terkena duri.


Bisul
Tumbuk bawang putih hingga hancur. Sapukan pada tempat bisul dan balut.


Cirit-birit
Minum secawan teh o pekat.


Senggugut
Tumbuk hancur atau mesin segenggam halia. Rendam dalam segelas air suam. Bila halia telah mendap, minum air tersebut.


Kudis
Tumbuk daun inai. Tempekkan pada kudis tersebut.


Selesema
Ambil secawan air didihan beras sewaktu mendidih. Biar hingga suam dan minum.


Gastrik
Campur kurma dengan sedikit susu segar. Minum 2 kali sehari.


Demam campak
Ramas segenggam daun melur dalam semangkuk air hingga hancur. Sapu dari kepala hingga hujung kaki. Ulang 2-3 kali sehari. Selain itu, minumlah air kelapa muda.


Cacing kerawit
Kisar lobak merah dengan air masak. Tapis dan minum setiap hari.


Tercekik tulang
Kepal-kepalkan nasi dan telan.


Lelah
Rebus beberapa biji bawang merah hingga lembut. Kisar dan tapis airnya. Minum seminggu sekali.


Luka
Tumbuk bawang merah dan gula pasir hingga lumat. Tampalkan pada tempat luka.


Sakit perut
Campur 1 sudu teh garam dengan setengah gelas air. Kacau sebati dan minum.


Pening kepala
Tumbuk lumat daun serai dan pupukkan pada dahi.


Loya
Tumbuk lumat beberapa helai daun kari. Campurkan 2 sudu teh air perahan limau nipis dan 1 sudu teh gula. Minum semasa loya.


Panau
Campur daun gelengang dengan kapur. Gosokkan pada bahagian yang terkena panau.


Penyakit kuning
Rebus 5 batang serai muda hingga keluar bau. Biarkan suam, kemudian mandikan bayi dengan air tersebut sekali sehari.


Kutil atau ketumbit
Cincang hujung bawang putih. Sapukan pada ketumbit atau kutil setiap hari.

(◕‿◕✿)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails