nothin' interesting bout this blog until u check on it!

Sahabat..

Tuesday, August 24, 2010

10 Teknik Kuatkan Daya Ingatan

1. Yakin dengan kebolehan sendiri.
Kita perlu yakin dengan diri sendiri bahawa kita mempunyai daya ingatan yang baik. Jauhkan fikiran negatif seperti 'nombor bukan untuk saya' atau 'saya susah mengingati nama orang'. Ramai yang gagal untuk belajar meningkatkan memori kerana mereka gagal pada peringkat awal untuk berasa yakin dengan diri sendiri.

2. Latih otak.
Latihan yang berulang dan konsisten mampu membina daya ingatan yang baik. Mulakan dengan latihan mudah seperti membaca, diikuti dengan latihan yang lebih kompleks seperti belajar kemahiran-kemahiran baru. Cabar minda dengan bermain kuiz atau sudoku. Sedikit sebanyak otak akan mula aktif dan berfungsi secara teratur dan kreatif.

3. Kurangkan stress.
Stress tidak akan hilang. Tidak normal jika kita tidak merasa stress. Kita cuma perlu belajar mengawal stress kerana stress tahap kronik akan melemahkan daya ingatan dan kesihatan. Belajar untuk menenangkan diri. Fikir secara positif. Stress yang ditangani secara betul mampu meningkatkan produktiviti. Tarik nafasss..Senyum.. :)

4. Jaga pemakanan.
Kata orang kita ialah apa yang kita makan. Diet yang seimbang baik untuk tubuh dan otak. Secara mudah kita boleh mengambil supplemen seperti pil ginkgo biloba. Selain itu, diet yang mengandungi anti oksidan seperti brokoli dan bayam juga mampu membantu meningkatkan daya ingatan. Kismis dan kurma juga sangat bagus.

5. Tingkatkan perhatian.
Ada yang selalu merungut mereka mudah lupa nama orang yang mereka baru jumpa. Sebenarnya ia bukanlah kerana memori kita yang teruk tapi kerana kita kurang memberi perhatian terhadap nama dan sifat seseorang. Belajar mengingati nama dengan mengaitkan sifat fizikal dan tingkah laku mereka. Fokus yang baik dalam komunikasi juga akan membantu kita untuk mengingati rakan baru.

6. Beri cukup masa.
Jangan mudah berputus asa. Beri masa secukupnya untuk diri kita belajar mempertingkatkan daya ingatan. Setiap manusia mempunyai daya yang berbeza untuk mengingati sesuatu perkara. Jauhi diri dari gangguan luar supaya lebih fokus.

7. Luaskan imaginasi.
Cipta imaginasi sendiri secara kreatif dan mudah diingati. Visualkan apa yang kita cuba ingat. Lakarkan visual yang luar biasa kerana ianya akan lebih mudah diingati.

8. Ulang dan ulang.
Sentiasa ulang apa yang ingin kita ingat. Sebutkan berulang-ulang tarikh lahir rakan baru, atau nombor telefonnya. Kemudian tuliskannya di atas kertas. Semakin banyak yang kita ulang, semakin banyak yang kita akan ingat.

9. Kategori.
Cuba kategorikan senarai barangan yang ingin dibeli mengikut kumpulannya. Contohnya, berapa jenis sayur dan berapa jenis lauk untuk dimasak. Apa ramuan asas untuk masak lemak cili api? Ia akan lebih memudahkan kita kerana cara ini lebih berfokus dan 'organized'.

10. Aturkan hidupmu.
Selalu tercicir barangan penting seperti telefon bimbit dan kunci kereta? Latihkan diri dengan meletakkan barangan penting di tempat yang sama setiap masa. Kita juga boleh menggunakan teknologi terkini seperti PDA untuk mengingati tarikh-tarikh penting atau temujanji.

Sedikit usaha mampu mengubah segalanya..insya Allah


(◕‿◕✿)

10 comments:

  1. wah dah gembak entri2 skang ni. mcm mana copy berita harian tu? nampak cantik jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. gembak tu ape? gempak aku tau la..haha..yg tu aku search lam google je

      Delete
  2. tambah skit... minum air hidup pun blh segarkan otak.

    ReplyDelete
  3. hehe,,mkn kismis eh~bagus2...sy dtg sni ..

    ReplyDelete
  4. salam..

    terima kasih atas info..
    :)

    ReplyDelete
  5. nice entry....lepas nie nak cuba tips yang diberikan

    ReplyDelete
  6. Bgus info nie, thanks for sharing..:) jemput singgah ke blog sy http://bit.ly/1pT0FgW

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails