Selamat Hari Raya kawan2! Maaf salah silap zahir dan batin...
(◕‿◕✿)

Ni merupakan bahan-bahan untuk membuat telur tiruan iaitu glocolactone, asid benzoik, kalsium klorida, selulosa, alum, asid amino, pewarna makanan, sodium alginate dan gelatin.
Air kuning dalam jag tu diorang panggil sebagai 'magic water' iaitu campuran kalsium klorida dan pewarna makanan untuk kuning telur.
Dengan menggunakan benang, telur tadi yang dah membeku direndam dalam larutan parafin untuk membentuk cangkerang telur.
Ni la hasilnya..tapi telur tiruan lebih mudah pecah. Biasa la, tiruan kan..Tapi dari segi rupa memang betul2 sebijik macam telur yang real. Tengok jela gambar2 kat bawah ni.



Kos untuk membuat telur tiruan ini hanyalah 0.55 yuan untuk satu kilogram..kalau nak dibandingkan dengan telur ayam sebenar, kosnya ialah 5.6 yuan sekilogram. Memang untung. Tapi, telur tiruan ni lah penyumbang terbesar kepada masalah keracunan makanan yang semakin meningkat di China. Mana taknya, buat guna bahan kimia kan..
Hati-hati lah memilih telur..Tapi rasanya belum ada lagi kat Malaysia..Apa pun, jaga diri :)







